Sunday, 28 April 2013
Bab 20 : Jika Dia Itu Jodoh Aku..
Tanah perkuburan islam dikunjungi lagi. Selang 3 minggu yang
lalu dia datang ke sini dan hari ini dia datang lagi ke sini menyaksikan satu
lagi kematian. Hatinya dilanda perasaan sedih. Tidak sampai satu hari dia
bersama arwah, arwah telah dijemput pergi.
****
Dari jauh dia memandang seseorang datang menghampirinya
dengan kedua-dua belah tangannya penuh dengan memegang batang ais krim yang
dibelinya. Bibirnya tersenyum manis pabila lelaki itu datang sambil
menghulurkan salah satu batang ais krim yang dibelinya itu.
"Macam tau-tau aje Ila suka perisa coklat." Nabila
tersengeh sambil menjilat ais krim yang dibeli Zahrul itu. Emm.. sedapnya ais
krim perisa cinta. He he he.. Tetiba pula perisa cinta.. Adoiai..
"Perempuankan selalunya suka coklat. Tu yang Rul
belikan Ila perisa coklat." Zahrul selalu perhatikan adik perempuannya
itu. Selalu sangat kalau beli ais krim mesti perisa coklat. Jarang dia melihat
adiknya itu beli perisa lain. Sebab tu dia fikir, perempuan mesti suka coklat.
Sebab adik dia perempuan.
"Emm..yelah kot.. Rul beli perisa apa?" soal
Nabila kembali. Dia tak selesa pabila berbual berdua dengan Zahrul begini.
Terasa janggal. Ye lah.. selama ni mana pernah dia semesra ini bersama Zahrul.
Selalu sangat menengking lelaki itu. Nak cakap mesra pun tak pernah.
"Vanila. Sedap tau. Ila nak rasa?" Zahrul
menghulurkan ais krim di tangannya untuk dirasa Nabila.
Teragak-agak Nabila ingin merasa. Entah kenapa tangan ni
gatal sangat, diambilnya juga ais krim yang berada di tangan Zahrul itu. Dirasa
penuh perasaan. Wah, rasa ais krim pun penuh perasaan si Nabila ni. Nasib baik
bukan perasan.
Zahrul tersengeh. Nabila menghulurkan air krimnya pula
kepada Zahrul. Zahrul mengambilnya. Kini mereka berdua sudah bertukar-tukar ais
krim. Sweet gitu.
"Emm.. sedap juga." ulas mereka berdua serentak.
Nabila hanya tersengeh untuk menutup rasa malunya yang tiba-tiba menyerang.
"Ha.. Ila tunggu sini sekejap ya. Rul nak ambil barang
sekejap dekat dalam kereta. Tunggu tau. Ais krim ni, Ila habiskan lah.."
tergesa-gesa Zahrul bangun dari duduknya dan berlari-lari anak menghampi
keretanya yang diletakkan di seberang jalan tadi.
Zahrul tersenyum sorang-sorang. Tak sangka hari yang paling
dia tunggu-tunggu akhirnya muncul juga. Dia tak sangka Nabila akhirnya terima
dirinya yang kerdil ini. "Kalau sahajalah ummi masih hidup, mesti ummi
gembira tengok Kimi sekarang. Perempuan yang selama ni benci pada Kimi akhirnya
jadi milik Kimi.." rintihnya perlahan sambil menatap wajah arwah ummi
tercinta yang diselitkan di dalam beg duitnya itu.
Camera di bawah kerusi tempat pemandu dicapai. Dia tersenyum
lagi. Punat camera ditekan. Bahagian merakam dibuka..
"Hai.. Hari ni, hari gembira aku.. Jangan tanya kenapa,
sebab aku nak bagi tahu yang Nur Nabila Izzati, wanita yang selama ini aku cinta
berjaya juga akhirnya aku mendapatkan hatinya. Tenang hati ni andai kata janji
aku kepada ummi terlaksana. Ummi, jangan risau.. Kimi akan menyusul selepas
ummi.." butang pause ditekan. Nafasnya ditarik. Ada titisan air mata yang
ingin mengalir diseka perlahan.
"Andai kata awak tengok video ini, Nabila dan tak
sempat saya nak ucapkan ini kepada awak, simpanlah ia sebagai kenangan.. Saya
cintakan awak sepenuh hati saya.. Sayang awak Nabila.." rakaman diakhiri
dengan fling kiss. Senyuman terukir bersama linangan air mata. Menitis juga air
matanya.
Rakaman dihentikan. Bibirnya tersenyum puas. Entah kenapa
hatinya terasa lapang tika ini. Mungkin setelah Nabila menerima dirinya,
hatinya terasa tenang. Pintu kereta ditutup dan dikunci.
****
Nabila setia menjilat sisa-sisa air krim yang masih tinggal.
Kedua-dua air krim yang dibeli Zahrul tadi satunya sudah habis dimakan. Perisa
coklat sudah sepenuhnya masuk ke dalam perutnya. Kini tinggal perisa vanila
pula yang perlu dia habiskan.
"Allah! Jatuh pula kau air krim.." Nabila terkedu.
Belum sempat dia menghabiskan ais krim itu, tangannya pula terlepas daripada
memegangnya.
"Emm.. bukan rezeki aku nak makan kau ais krim.."
ujarnya sekadar memenangkan hatinya yang sedikit tidak tenteram itu. Mungkin
kerana ais krim yang jatuh itu ais krim milik Zahrul sebab itu dia berasa tidak
sedap hati.
Dumm!!
Bunyi hentaman kuat kedengaran. Pantas matanya memandang ke
arah bunyi tersebut. Tidak sampai satu minit kawasan yang menempatkan bunyi
kuat itu dikerumuni oleh orang ramai. Entah kenapa, jantungnya berdegup pantas
sewaktu melihat orang ramai di kawasan itu. Matanya melilau mencari kelibat
Zahrul di mana-mana. Tetapi hampa. Bayang lelaki itu langsung dia tidak jumpa.
Perasaannya semakin berdebar-debar. Perlahan-lahan dia
bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri kawasan yang telah penuh dengan
puluhan orang.
"Ada apa ni?" soalnya kepada salah seorang yang
berada di situ. Mungkin orang ini salah seorang saksi terawal yang hadir ke
sini.
"Oh, kemalangan." jawab lelaki itu ringkas.
Nabila mendengus. Dia tahulah kemalangan. Takkan lah pesta
pula dekat sini. Maksud dia apa berlanggar apa. Siapa yang kemalangan? Kereta
dengan motor ke, orang dengan kereta ke.. Itu pun tak faham soalan ke.. Huh,
bebelnya di dalam hati.
"Kesian lelaki tu kan.. Tengok tu, mulut dia
bergerak-gerak macam nak cakap sesuatu." telinganya menangkap bunyi bualan
sekelompok wanita yang berbual mengenai keadaan mangsa tika itu. Bercerita
sahaja, tetapi langsung tiada usaha untuk menolong.
"Eh, cik.. Mangsa tu bukan kawan cik tadi ke?"
teguran dari belakang membuatkan dia berpusing menghadap di penyoal.
Keningnya bertaut. Gadis ini bercakap dengan dirinya ke?
Tapi kenapa pandang tempat lain? Mungkin bukan bercakap dengan dia kot.
Belum sempat dia mengatur langkahnya kembali, gadis itu
memegang pergelangan tangannya. Tergamam Nabila dibuatnya. Tanpa sebarang kata,
tangannya terus diheret untuk pergi ke hadapan.
Tangannya bergetar. Kakinya sudah tidak mampu untuk berdiri
tegak sewaktu melihat orang yang dimaksudkan itu tadi. Zahrul. Merangkak Nabila
menghampiri tubuh kaku Zahrul yang sudah dipenuhi dengan darah pekat berwarna
merah.
"Zahrul.. Rul.. Awa.. k.. Bangun.." tersekat-sekat
kata-katanya tika itu. Terketar-ketar tangannya ingin menyentuh wajah yang
sudah dipenuhi dengan darah itu.
Mata serta bibir Zahrul automatik bergerak-gerak. Dia dapat
mendengar suara gadis yang dia tunggu. Matanya dibuka perlahan. Bibirnya
bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu.
"Zahrul! Awak tak boleh pergi! Awak dah janji dengan
saya nak jaga saya.. Awak dah janji, Zahrul.. Awak dah janji.." jerit
Nabila tiba-tiba. Dia tidak dapat mengawal perasaan sedihnya tika ini. Dia tak
mahu Zahrul pergi. Kenapa setiap kebahagian yang ingin dia kecapi pergi
meninggalkan dirinya.
"Rul.. Rul.. tak.. da... pat.." Zahrul ingin
menyambung kata-katanya itu, tetapi mulutnya seperti berat untuk berkata.
"Rul, tak boleh tinggalkan Ila.. Rul tengok ni, Rul
bagi ni dekat Ila kan? Rul nak jadikan Ila sebagai tanggungjawab Rul kan? Rul
tak boleh pergi! Rul kena tetap ada di sisi Ila.. Ila sayangkan Rul.." dia
sudah tidak mampu menahan tangisnya. Dia menangis semahunya. Kulit siput yang
diberikan Zahrul tadi ditunjukkan.
Zahrul menarik nafas panjang. Tangannya yang masih memegang
kemas camera yang dibawa turun tadi diberikan kepada Nabila.
Nabila menggeleng. "Tak! Ila tak nak benda tu!! Ila nak
Rul!! Ila nak Rul dekat Ila. Ila tak nak Rul pergi jauh dari hidup Ila.. Itu
pun Rul tak faham ke? Ila cuma nak tu je..." kata-katanya mati di situ sewaktu
melihat tangan Zahrul sudah tidak bergerak. Matanya sudah terkatup rapat.
"Sampai hati Rul kan? Tinggalkan Ila, lepas Rul dah
dapat hati Ila.." hari semakin gelap. Hatinya juga sudah gelap. Tubuh kaku
Zahrul dipandang sebelum dia menjerit seperti orang hilang akal.
"Apa tengok-tengok!! Dah tak reti nak panggil ambulans
ke?! Suka tengok kita orang macam ni? Ha? Suka!!" dia sudah meracau.
Tangannya masih bermain-main di atas wajah Zahrul.
Telefon bimbit dikeluarkan. Nombor seseorang didail.
"Hello, boss.. Zahrul kemalangan.. Dia.. dia.. dia dah
tak ada.." ujarnya dengan sendu yang masih bersisa.
Talian terus dimatikan. Dia turut berbaring di sebelah tubuh
kaku Zahrul dengan bertemankan kulit siput yang direbutnya tadi dengan camera
yang diberikan Zahrul sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Damailah
kau Zahrul di alam baru.
****
Sentuhan lembut pada bahu kirinya membuatkan dia kembali
sedar. Kenangannya bersama Zahrul pada petang semalam masih berlegar-legar di
hadapan matanya. Kak Yus berdiri di sebelahnya bersama-sama dengan
anak-anaknya.
"Sudahlah Ila.. Orang dah tak ada buat apa perlu kita
meratap. Yang pergi biarkan pergi. Kita yang masih hidup ni perlu teruskan
kehidupan.." nasihat Kak Yus lembut. Dia memandang wajah suaminya yang setia
berdiri di sebelahnya dengan mendokong anak-anak mereka.
"Biarkan Ila dekat sini sorang-sorang. Kalau Kak Yus
nak balik, balik lah. Jangan pedulikan Ila." jawabnya perlahan.
Bahu Kak Yus disentuh lembut Zamri. Kak Yus hanya mengangguk
pabila suaminya itu menyuruh membiarkan sahaja Nabila di situ. Biarlah Nabila
memenangkan hatinya sendiri.
Benda yang digenggam sedari tadi dibuka dan dipandang. Kulit
siput yang menjadi simbol cinta mereka dipandang. Tidak sampai satu hari dia
menerima Zahrul di dalam hidupnya, lelaki itu pergi begitu sahaja tanpa sempat
dia meminta maaf akan perbuatannya yang terdahulu.
"Kenapa Ila perlu lalui semua benda ni? Kenapa? Apa
salah Ila? Setiap kebahagiaan yang Ila cuba gapai seolah-olah sengaja pergi
dari genggaman Ila? Kenapa? Kenapa Zahrul pun begitu? Tak kesian ke Zahrul pada
Ila?" rintihnya lagi dengan linangan air mata yang masih mengalir.
"Ujian datang membawa pengalaman yang cukup berharga
bersamanya. Ujian bukannya hukuman Allah terhadap kita, tetapi sebagai suatu
hikmah yang tersirat dan penuh dengan kebaikan dari-Nya." suara itu
perlahan menembusi gegendang telinganya. Matanya terus memandang kepada pemilik
suara itu.
Mata hanya melihat. Mulut seolah-olah berat untuk bersuara.
Afiq yang berada di hadapannya ini hanya dipandang tanpa perasaan.
"Jangan salahkan takdir Ila.." sambung Afiq lagi.
Dia menghulurkan camera yang sama dia lihat sewaktu saat-saat terakhir
pemergian Zahrul.
"Awak ambil ni, Ila.. Ia untuk awak. Zahrul tinggalkan
ini untuk awak. Ambillah." Nabila hanya memandang camera itu tanpa ada
perasaan untuk menyambutnya.
"Ambil Ila.. Tengok apa yang arwah cuba tinggalkan
untuk awak kenang." sambung Afiq kemudian. Tetapi Nabila tetap begitu. Dia
tanpa ada perasaan sedikit pun.
Afiq mengeluh. Dia mengambil kembali camera tersebut lalu
dimainkan video yang terdapat di dalam camera tersebut. Skrin camera itu ditunjukkan
kepada Nabila.
Nabila memandang. Wajah Zahrul yang berada di dalam camera
itu cuba disentuh. Bait-bait kata yang keluar dari mulut Zahrul didengar. Air
matanya mengalir lagi. Kata-kata terakhir Zahrul membuatkan matanya terus
memandang kepada batu nesan yang berada di hadapannya tika ini.
"Ila pun sayangkan Rul.. Ila sayangkan Rul.. Maafkan
Ila sebab pernah sakitkan hati Rul dulu.. Ila betul-betul menyesal."
"Ila, jangan macam ni. Tak baik macam ni, Ila.. Zahrul
mesti sedih bila Ila menangis macam ni." teragak-agak Afiq ingin memegang
bahu Nabila daripada terus terbaring di atas tanah kubur Zahrul yang masih
merah itu.
"Kita orang Islam, Ila. Tak baik meratap macam ni..
Bangun Ila. Lebih baik balik dan sembahyang. Tenangkan hati tu." pujuk Afiq
lembut. Tak sanggup dia melihat Nabila dalam keadaan begitu. Sedih rasa hatinya
melihat keadaan Nabila tika itu.
"Zawiah, tolong abang.. Pujuk Kak Ila.." Zawiah
mengangguk lalu duduk memeluk lembut bahu Nabila.
"Akak, sudahlah tu.. Wiah lagi sedih jikalau akak buat
macam ni dekat depan kubur abang. Kalau abang masih hidup, mesti dia tak suka
kita buat macam ni. Jangan siksa abang kak, dengan cara akak ni.." Zawiah
mengangkat tubuh Nabila daripada terus memeluk tanah kubur arwah abangnya itu.
Tidak sampai 3 minggu, sedihnya kembali bertandang. 3 minggu
yang lalu dia ke sini ummi mereka. Kini
dia kembali ke sini kerana abangnya. Sampai hati abang tinggalkan adik
sorang-sorang dekat sini..
"Abang, Kak Ila macam tak bangun aje ni.."
beritahu Zawiah sedikit cemas.
"Ha? Tak bangun?" cepat Afiq pergi menghadap
Nabila. Benar. Gadis itu sudah tidak sedarkan diri.
Bab 19: Jika Dia Itu Jodoh Aku...
Sudah tiga minggu dia tidak melihat 'bayang-bayang' yang
selalu mengikutnya. Sudah tiga minggu jugalah dia kehilangan 'bodygaurd'nya
itu. Terbit juga rasa rindu kepada lelaki itu walaupun hatinya keras menolak
rasa rindu itu dari terus bertemu di dalam hatinya itu. Tetapi apakan daya. Dia
tidak mampu menolak rasa hatinya yang sudah sarat dengan perasaan rindu
terhadap lelaki itu. Betullah kata orang, bila berjauhan baru terbit perasaan
rindu itu. Tapi betul ke dia rindukan Zahrul? Lelaki yang dia benci itu.
Pandangan indah waktu petang di tepi pantai sungguh indah.
Matanya tidak berhenti daripada terus memandang laut yang terbentang luas di
hadapan matanya sekarang. Pemandangan begini mengingatkan dia kepada kampung.
Dan juga perasaan rindu terhadap lelaki itu. Apahal pula lelaki itu yang dia
ingat dan rindu? Aduhai.. Gawat ini..
Dia cuba untuk melupakan perasaan hatinya yang entah apa-apa
itu. Matanya terus memandang ke hadapan. Bibirnya terukir senyuman manis pabila
matanya terpandang sesuatu yang dia suka kutip sewaktu sampai di tepi pantai.
Apa lagi jikalau bukan kulit siput. Kulit siput berwarna sedikit biru-biru
gelap dan terdapat segelintir warna merah dan yang lainnya ditutupi dengan
warna putih. Sangat cantik. Andai kulit siput itu dapat dia miliki, ia adalah
koleksi kulit siput dia yang paling cantik yang pernah dia miliki.
Pasir yang melekat di seluarnya sewaktu dia bangun daripada
duduk di atas pasir pantai itu ditepuk-tepuk dengan menggunakan tangannya.
Matanya tetap memandang tepat kepada kulit siput itu. Takut-takut jikalau dia
hilang jejak kulit siput itu.
"Aduh, maafkan saya.." saat tangannya ingin
mencapai kulit siput tersebut, tangannya tersentuh tangan seseorang yang pada
masa yang sama tangan itu juga ingin mengambil kulit siput itu.
Nabila menoleh ke arah pemilik tangan yang berebut kulit
siput dengannya. Mulutnya sedikit terlopong. Seluruh anggota tubuh badanny
keras tiba-tiba. Jantungnya berdegup pantas. Baru sebentar tadi dia fikirannya
mengingati mengenai lelaki itu, kini lelaki itu benar-benar berada di
hadapannya.
"Eh, Ila.. Awak pun ada dekat sini? Maaf.. saya
betul-betul tak tahu. Saya tak ikut awak. Percayalah.." ujar si pemilik
tangan itu seraya mengambil kulit siput tadi. Bibirnya tersenyum manis walaupun
hatinya sedikit sakit pabila berkata begitu.
"Err.. tak sangka awak pun ada dekat sini? Bos mana?
Selalunya kalau ada awak, mesti ada bos." ujar Nabila cuba menutup rasa
debar di dada. Dia tak mahu lelaki itu tahu akan perasaannya tika ini. Dia tak
mahu lelaki itu tahu yang bertapa gembiranya dia bertemu dengan lelaki itu.
"Tak. Rul sorang je hari ni. Nak kutip kulit siput. Dah
lama Rul tak kutip. Hari tu dekat kampung Ila, Rul ingat nak kutip. Tapi tak
jadi pula." cerita Zahrul ceria. Lama rasanya dia tak bertemu dengan
Nabila. Selepas peristiwa 3 minggu lalu, dia tak pernah berjumpa dengan Nabila.
Rindu rasanya dia ingin bertemu dengan wanita itu. Kulit siput yang berada
digenggamanya itu dipandang.
Bukan Zahrul tak sedar, sedari tadi Nabila asik memandang
kepada kulit siput yang dipegang. Dan dia sedar, yang Nabila juga inginkan
kulit itu juga.
"Ila nak?" soal Zahrul seraya menghulurkan
tangannya.
"Ha?" Nabila terkedu seketika. Soalan Zahrul tadi
telinganya seakan-akan tidak mendengarnya. Dia seolah-olah terleka memerhati
segenap wajah Zahrul. Sungguh, dia memang rindukan lelaki itu. Tetapi dia malu
untuk mengakuinya.
"Rul tanya, Ila nak tak ni?"
"Awak nak bagi orang ke?"
"Tentulah. Ila pun nakkan benda ni juga kan? Jadi, tak
salah kalau Rul bagi ni dekat Ila kan? Lagipun Rul dah banyak kutip hari
ni." mesra Zahrul berkata. Kakinya mengatur langkah lalu duduk di bawah
rimbunan daun-daun kelapa yang gugur.
"Marilah sini, Ila. Duduk dengan Rul dekat sini."
ajak Zahrul sambil mempersilakan Nabila untuk duduk di sebelahnya.
Nabila hanya memandang Zahrul dengan daun kelapanya itu.
Gila tak nak ikut Zahrul! Sudahlah hatinya mengesak untuk mengikut lelaki itu
untuk duduk di bawah pokok kelapa itu. Takkan nak ditolak pula kata hati ni.
"Takkan tak sudi nak duduk sebelah saya.. Saya tahulah
saya ni siapa di mata awak.. Nak dipandang pun terpaksa. Datang rumah saya pun
dipaksa. Inikan pula untuk duduk bersama. Sampai tubuh ni tertimbus dengan
tanah pun belum tentu awak nak kan? Emm, tak apalah. Nah, ini kulit siput yang
awak nak tadi.. Saya pergi dulu.. Jaga diri.." ujar Zahrul sedikit sebak.
Saat-saat beginilah dia rindukan ummi yang sentiasa mendengar rintihan hatinya.
Ummi, Kimi nak ikut ummi..
Nabila terkedu. Zahrul bangun dan beredar begitu sahaja
dengan meletakkan kulit siput tadi di atas bentangan daun kelapa itu. Dia tidak
menyangka begitu sekali riaksi Zahrul pabila dia tidak mahu duduk di sebelahnya
tadi. Bukan dia tak sudi, tetapi tak manis jikalau dipandang orang. Walaupun
ditempat awam begini, apa-apa pun boleh jadi. Kalau boleh bukan setakat duduk
sebelah, berjalan beriringan berpegangan tangan pun dia sudi. Tapi, semuanya
terbatas. Andai Zahrul sudi menikah dengannya, sudah tentu dia terima dengan
hati yang terbuka. Zahrul benar-benar membuka pintu hatinya kembali untuk
menerima lelaki dalam hidupnya. Tapi, adakah lelaki itu sudi menerima dirinya
yang sudah kotor ini?
"Err.. Zahrul!!" jerit Nabila kuat lalu berlari
mengejar Zahrul. Kulit siput tadi dibiarkan sahaja di atas daun kelapa itu.
Zahrul perlu dia kejar. Kalau sebelum ini Zahrul mengejarnya, biar kali ini dia
mengejar Zahrul.
Nabila berdiri betul-betul di hadapan Zahrul yang sedang
berjalan dengan muka ketat. Mana tak ketat. Orang merajuk. Tak apa, ini ada
orang datang memujuk dirimu.
"Zahrul, kenapa awak pergi macam tu je? Awak dah tak
sudi ke nak jaga orang? Jadi bodygaurd orang? Dah tak sudi nak ikut ke mana
sahaja orang pergi? Awak dah tak sudi ke nak ambil alih hati orang ni? Kesian
hati orang ni tau, sentiasa dipatahkan, dipecahkan dengan orang yang bernama
lelaki.. Awak tak kesian ke? Awak tak sudi nak pulihkan semula hati orang
ni?" lembut sahaja Nabila berbicara. Pandangan matanya terarah ke ibu jari
kakinya. Segan rasanya jikalau dia ingin memandang wajah tampan lelaki itu
sambil meluahkan perasaan. Eii.. Malu tau! Apatah lagi setelah dia mengatakan
yang dia bencikan lelaki itu. Uh, malu gila!
Langkah Zahrul yang tadinya seperti di dalam rancangan
realiti tv popular, Akademi Fantasia itu terhenti. Mujur tak ada beg tarik.
Kalau tak, percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan! Yang bezanya dia
dengan rancangan realiti itu, cuma dia tak menangis. Itu sahaja. Tapi itu semua
tak lama pabila Nabila datang lalu menghalang kepergiannya di situ. Dengan
kata-kata yang mampu mengubat hatinya yang sedang lara itu. Sangat menyentuh
jiwa dan perasaan.
"Kalau saya kata, saya masih sudi untuk mengejar
sekeping hati awak tu macam mana? Mesti awak tak akan terima saya kan? Jadi
untuk apa saya mengejar awak, sedangkan awak sendiri tak suka dekat saya..
Sudahlah, Ila.. Jangan halang saya nak pergi dari sini.." Zahrul menolak
sedikit tubuh Nabila yang menghalang jalannya. Nada suaranya benar-benar
menggambarkan yang dirinya sedang kecewa yang amat. Betul kata Papa Zola dalam
kartun Boboiboy, jangan lukakan hati lelaki.. sebab kesannya terlalu dalam.
Ceh!
"Kalau Ila kata, Ila sudi terima Zahrul, macam
mana?" kata Nabila sedikit berbisik sewaktu Zahrul berjalan melintasi di
tepi badannya.
Langkahnya terhenti. Jantungnya berdegup pantas. Nabila yang
di sebelahnya dipandang dengan pandangan yang kurang percaya. Pasti ini semua
bukan mimpi kan?
"Apa Ila cakap? Rul tak berapa nak dengar.."
bahasa panggilan namanya juga berubah. Maklumlah, hati sedang berbunga.
Mestilah kena guna bahasa pun yang berbunga-bunga.
"Ila kata, kalau Ila sudi terima Zahrul macam mana?
Adalah Rul masih nak putus harapan lagi?" Zahrul tersenyum lebar.
Penantiannya tidak sia-sia! Penantian yang selama ini dia tunggu-tunggu
akhirnya berjaya juga memiliki.
Nabila hanya tersenyum. Tak salah rasanya jikalau dia
memberi sedikit ruang untuk seorang lelaki bertakhta di dalam hatinya. Kali ni,
dia perlu berhati-hati. Dia tak mahu kenangan silam berulang kembali.
"Betul, Ila? Ila tak main-mainkan? Ila serius
kan?"
"Ye, betul.. Ila tak main-main. Rul ambillah kulit
siput tadi. Rul bagilah betul-betul dekat Ila, kalau betul Rul nakkan
Ila.." cadang Nabila dengan senyuman manja di bibirnya.
"Sekejap ya, Ila.. Rul pergi ambil. Tunggu Rul
tau." Zahrul terus berlari ke tempat duduknya tadi. Kemudian dia berlari
semula menghadap Nabila dengan dia berlutut di hadapan wanita itu.
"Nabila Izzati binti Ahmad, sudikah engkau menjadi
tanggungjawabku? Melengkapkan seluruh hidupku?" penuh romantis Zahrul
berkata begitu. Jika orang sekarang melamar seorang perempuan dengan cincin
yang bertahtah intan dan belian, tidak baginya. Cukuplah sekadar kulit siput
ini menjadi saksi mereka berdua.
Nabila menangis dalam gembira. Matanya tidak lepas dari
terus memandang senyuman yang terukir di bibir tipis itu. Senyuman yang
mengingatkan dia kepada wanita yang pernah hadir ke dalam mimpinya. Wanita yang
mengusap lembut pipinya. Dan wanita itu jugalah yang membesarkan lelaki di
hadapannya ini.
Bergenang air matanya tatkala mengenangkan pemikirannya yang
suatu tika dahulu berfikiran tidak elok mengenai keluarga Zahrul. Banyaknya
salahnya kepada lelaki itu. Rasanya dia tidak layak untuk mendapatkan lelaki
sebaik Zahrul.
Tangannya perlahan-lahan mencapai kulit siput yang
dihulurkan Zahrul itu. Perbuatan Zahrul itu tadi benar-benar menyentuh tangkai
hati wanitanya. Lelaki itu benar-benar membuatkan egonya untuk membenci lelaki
semakin tipis. Dia memang benar-benar sudah tergoda dengan lelaki yang bernama
Muhammad Zahrul Hakimi. Lelaki kedua yang dia sayang sebagai kekasih selepas
Adam Taufiq.
"Ila, sudi.. Tapi, Rul sudi ke terima diri Ila yang dah
'kotor' ni?" soalnya dengan sedikit berkias. Jika Zahrul marahkan dirinya
selepas dia memberitahu yang dia sudah tidak suci lagi, dia tidak kesah. Kerana
dia sudah bersedia dari dulu lagi andai perkara itu benar-benar terjadi.
Zahrul hanya tersenyum. "Tak. Rul tak kesah. Rul nak
kahwin dengan Ila, sebab ada apanya Ila.. Rul nak Ila gembira. Rul nak buktikan
pada Ila, yang tidak semua lelaki itu jahat. Percayalah.." ujar Zahrul
penuh yakin. Dia tidak mahu Nabila memandang rendah kesungguhannya untuk
mengangkat darjat Nabila sebagai isterinya yang sah.
"Rul cakap macam Rul dah kenal dengan Ila terlalu
lama.. Rul tak faham apa yang Ila maksudkan.. Kalau Rul tahu apa yang Ila lalui
semasa remaja, tentu Rul.."
"Shuu.. Rul tak nak dengar apa yang pernah Ila lalui..
Rul tak nak dengar apa-apa daripada Ila. Apa yang Rul nak, Ila jadi milik
Rul." laju sahaja Zahrul memotong kata-kata Nabila. Dia tak mahu Nabila
rasa dia menerima dirinya kerana kasihan. "Rul memang tak kenal Ila lama,
tapi ada sesuatu yang membuatkan Rul percayakan Ila. Yang membuatkan Rul
mahukan Ila.. Ila tak macam perempuan lain yang pernah Rul jumpa.. Ila terlalu
istimewa di mata Rul.." sambungnya lagi seraya berdiri menghadap Nabila. Mata
mereka bertentangan. Untuk seketika mata mereka seolah-olah berbicara bagi
pihak mereka.
****
Langkah yang diatur pasangan ini teramatlah perlahan.
Mengalahkan siput yang sedang hangat bercinta perlahanya. Jikalau ada siput
berjalan sebelah mereka, pasti siput itu menjuarai mereka berdua.
Bibirnya tersenyum manis pabila rata-rata pengunjung di pantai
yang mereka berhenti 5 minit yang lalu asyik memandang ke arah mereka. Semakin
dieratkan pelukan di lengan sasa itu. Dan semakin gedik dia dibuatnya.
"Bella.. jangan macam ni. I tak selesa, lah.. Please..
Jaga tingkah laku tu sikit Isabella!" tegas si pemilik tangan sasa itu.
Rimas dia dibuatnya pabila berjalan berdua-duaan dengan gadis yang bernama
Isabella itu. Macam belangkas. Asyik nak melekat je.
"You ni!" Bela sedikit membentak. Susah betul
jikalau dia berjalan dengan lelaki koprat yang menjaga tatasusila ni. Kalau
dalam pejabat, elok aje berpeluk-peluk. Ni dekat luar nak pegang tangan pun tak
boleh. "I bukan buat apa pun. Pegang aje. Bukan buat benda tak senonoh
pun. Dalam pejabat you, boleh aje. Takkan dekat sini tak boleh!"
sambungnya lagi seraya mengeratkan lagi pegangan di lengan sasa itu.
Dengusan keras keluar dari mulut itu. Terus tangannya
direntap kasar daripada terus di peluk mesra wanita itu.
"You dengan I, mempunyai batas. You tiada tali
persaudaraan yang menghalalkan You pegang ikut suka hati you. I bukan mahram
you!" tegas Afiq kemudian. Dia terus berjalan dan melabuhkan duduk di atas
pasir pantai itu.
Dia tak tahu kenapa, hatinya tergerak untuk pergi ke sini
selepas waktu pejabat. Mungkin kerana kepalanya yang sedikit pening dan
memerlukan ketenangan yang membuatkan dia memandu keretanya sampai ke sini.
Silapnya yang dia buat adalah dengan membawa Isabella sekali ke sini. Si
belangkas yang tak reti duduk diam.
"Since when, Afiq you ambil peduli pasal benda ni
semua? Afiq yang I kenal tak macam ni. You dah kenapa? Demam? Tiba-tiba cakap
pasal batas-batas bagai ni. Sejak I kenal you, sikit pun you tak pernah cakap
pasal batas-batas ni semua dekat I. Apa mimpi you semalam sampai nak terangkan
dekat I batas-batas ni semua. Dan sejak bila pula I peduli dengan benda-benda
tu semua? Jaga batas antara kita? You ni memang kelakar lah, Afiq.."
ternyata kata-kata Afiq itu hanya membuatkan Bella tertawa sinis.
Afiq menggeleng melihat riaksi Bella itu. Dia tak sangka
begitu sekali jawapan daripada Bella yang dia dapat. Dia tak sangka Bella
sanggup memperlekehkan kata-katanya itu. Kini baru dia tahu akan perasaan ummi
Aishah suatu tika dahulu yang menegur sikapnya yang gemar bertukar-tukar
pasangan dan bebas untuk berpegang-pegangan tangan. Banyak pesanan arwah Ummi
Aishah yang dahulunya dia buat endah-tak endah dan kini kata-kata itu jugalah
yang menjadi pegangan hidupnya kini.
"Sejak I mula sedar yang mana itu dosa dan yang mana
itu pahala. I sedar, dulu I jahil mengenai semua ini. Tapi sekarang I sedar,
hidup ini bukan untuk berseronok sahaja. Kalau you tak suka cara I sekarang,
you boleh pergi. Dan maaf untuk apa yang pernah terjadi antara kita.."
keningnya semakin bertaut. Kepalanya semakin pening. Kenapa tiba-tiba Afiq Nur
Islam yang dia kenal sebagai lelaki kasanova bertukar watak? Menjadi watak
baik? Sejak bila?
"I takut mati. I takut kalau I mati, I tak sempat nak
bertaubat. I takut jikalau I mati, seluruh hidup I masih lagi jahil mengenai
agama I sendiri. Agama Islam. Nama sahaja Islam, tetapi jahil mengenai agama
sendiri. Selagi kita masih diberi kesempatan untuk terus hidup, buatlah sesuatu
yang bermakna dan tidak menyusahkan kita di hari akhirat kelak.." kata
Afiq sedikit bertazkirah di tepi pantai itu.
"Hei, Afiq! Kalau you nak jadi baik, you jadi sorang.
Jangan nak ajak orang untuk jadi baik. Macam I tak kenal you tu dulu. Setakat
kelab malam tu dah macam rumah kedua you aje. Keluar masuk keluar masuk aje.
You ingat I tak tahu, dah berapa ramai betina yang you dah sebat. Mata ni belum
dapat tengok lagi you bawa betina-betina you tu semua atas katil." ujar
Bella sedikit sinis. Sakit hatinya mendengar kata-kata Afiq itu tadi.
Benar-benar menyindir dirinya. Dia tahulah apa yang dia buat. Dia tu siapa nak
mengatur dirinya untuk berbuat baik?
"Orang kalau baik ni berlambak, pakai songkok, kain
pelekat, baju t-shirt putih dah dipanggil alim, orang baik. You tak payahlah
nak susah-susahkan diri tu untuk jadi baik." Bella tetap dengan
pendiriannya. Dia masih tidak dapat menerima kata-kata Afiq itu. Nak jadi baik
konon. Baik mana yang dapat dia lakukan.. Goda dengan wanita seksi sikit
mulalah iman tu goyah.
"Itu masa lalu I. Untuk apa you ungkit. Semua orang
mempunyai masa silam. Dan semua orang yang mempunyai masa silam itu mempunyai
hak untuk hidup bahagia."
"Hei! Dah lah, you datang sini ajak I untuk apa? Kalau
setakat nak sakitkan hati I ni dengan kata-kata kolot you tu, baik tak payah. I
boleh dengar tu semua dekat dalam radio tiap kali nak azan. Tazkirah
bagai-bagai ni. Tu dekat dalam facebook, berapa ramai yang berlagak diri tu
sebagai ustaz, ustazah? Yang statusnya berlagak macam orang ahli ulama.
Sudahlah, Afiq.." Bella hanya mampu mentertawakan dirinya. Hina sangatkah
dia mengatakan yang dia menginginkan hijrah dalam hidupnya? Sampai Bella
menghina apa yang dia lakukan.
"I tak perlukan hinaan you untuk memutuskan semangat
yang I ada. I tak perlukan semua tu. I..." deringan telefon di dalam kocek
seluarnya menganggu dia untuk menyambung kata-katanya itu.
"Apa!?" jeritan itu yang hanya keluar dari mulut
itu sebelum dia berlari pantas pergi ke keretanya semula dengan meninggalkan
Bella keseorangan di tepi pantai itu. Padan dengan muka dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)


