Saturday, 5 January 2013
Bab 31 : Maafkan Diriku Sayang - part 2
"Jangan kau berani nak apa-apakan dia jahanam! Jangan
kau berani nak sentuh dia! Dia hak aku! Hak aku!!" tegas suara itu memberi
amaran. Namun amaran yang diberikan hanya sia-sia, pabila terdengar suara di
hujung talian sedang tertawa.
Dia tersenyum sinis. Tubuh Fatin Ilya dipandang dengan
pandangan bergelora. Namun dia pandai mengawal gelora di hati. Tengku Zakir
yang masih di talian cuba
diberi perhatian.
"Kau cakap apa? Hak engkau?! Hei! Perempuan ni hak aku!
Engkau yang rampas dia daripada aku! Engkau tak ada hak atas diri dia!!!"
dia terus-terus menjerit. Seolah-olah seperti Fatin Ilya itu hak mutlaknya. Dia
lupa akan status Fatin Ilya sekarang. Dia lupa..
Telefon yang tadinya dilekatkan di telinganya, kini melekat
di dinding batu berhampiran kepala Fatin Ilya. Berderai telefon itu pabila
mencium dinding tersebut. Hatinya sakit. Panggilan yang tadinya bersambung kini
terus dia putuskan.
Fatin Ilya tergamam.
"Aku nak korang tengok perempuan ni baik-baik! Jangan
sampai dia terlepas. Kalau dia terlepas, siap kau!" dia memandang
kuncu-kuncu setianya. Satu persatu wajah kuncu-kuncunya diperhatikan.
Selesai memberi amaran kepada kuncu sendiri, dia mengalih
pula ke arah Fatin Ilya yang sedang ketakutan itu. Pipi itu disentuh lembut.
Air mata yang mengalir keluar diseka perlahan. Spontan tubuh itu diraih ke
dalam pelukan. Dia ingin memberi kekuatan kepada wanita itu, sedangkan dia tahu
perbuatanya itu langsung tidak disenangi Fatin Ilya.
"Abang pergi dulu ya, sayang.. Nanti malam abang datang
melawat sayang lagi.." lembut dia berbicara. Bibirnya cuba untuk
tersenyum. Tapi senyuman itu terlindung di sebalik topeng muka yang dipakai.
Sia-sia saja senyuman yang ingin dia berikan itu.
Tersenggut-senggut bahunya menahan tangis. Lelaki yang berada
di hadapanya ini memang menakutkan. Dia tidak berani melawan. Takut ia akan
memakan diri.
Fatin Ilya hanya memerhati lelaki itu berjalan membelakangi
dirinya. Dapat dia lihat lelaki itu sedang membuka topeng muka yang dipakai
lelaki itu. Namun, matanya tidak dapat mengecam wajah itu. Cermin matanya sudah
pecah sewaktu dia sampai ke sini. Penglihatanya terbatas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



Alah.... Pendeknya. Tersiksa jiwa hamba. Haha. Cepat sambung eh.
ReplyDelete:p hehe..hobi buat pendek2..nanti2 ya saya sambung lagi..peace ^^'
Deleteaihh pendeknya..tp xpe kita sggup tggu entry strusnya..keep it up!!
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi membaca e-novel maafkan diriku sayang..insyaallah..e-novel ini akan kembali semula..
ReplyDelete